Tuesday, 31 December 2013

Perasaan apakah ini?

 Aku membuka akaun facebook, melihat setiap aktiviti dan perkembangan kawan kawan. Aku sentiasa berfikir panjang apa yang perlu aku tulis, dan pilihan yang tepat adalah untuk menulis sesuatu yang memberi ilmu atau peringatan.
  Namun, apabila aku melihat status kawan kawan lamaku, gambar gambar mereka yang gembira dan macam macam lagi...hati aku jadi sangat sebak. Perasaan apakah ini?
  Aku sedih apabila tiada aku dalam gambar itu..
  Hati pedih apabila salam yang aku berikan melalui chat itu tidak berbalas...
  Malah, aku tidak boleh tidur memikirkan suasana yang terlalu aku ingin tinggalkan dulu..
  Perasaan apakah ini?
  Aku selalu kata aku tidak suka tinggal di asrama, dan apabila aku mendapat tawaran ke sekolah yang tiada asrama hatiku girang tidak terkata dan ternyata memang sangat best berada di sana. Namun, aku sentiasa teringatkan suasana bermain air di kolah asrama bersama kawan kawan, aku teringin  untuk melihat kembali roadblock setiap kali aku nak ke tandas dan aku asyik terfikir untuk terbang terus ke sekolah lama melawat setiap inci ,bucu dan dinding sekolah dan asrama. Perasaan apakah ini?
  Perlukah aku buang perasaan ini kerana jiwaku tidak tertahan sebaknya. Aku rasa aku bukan lagi sebahagian dari mereka.. terasa asing malah terlalu asing..
   ~perasaan apakah ini?~

Lepas SPM nak buat apa ya?

  Fuhh!! lega rasanya SPM dah tamat. Rindunya nak pergi sekolah. Adik-adik yang masih bersekolah tu belajarlah rajin-rajin ok kerana apabila duduk di rumah tanpa belajar apa-apa tangan tu rasa gatal je nak jawab soalan biologi, mata tu rasa pedih je asyik tengok tv, pendengaran tu macam tak seimbang je rindukan suara cikgu, mulut pula rindu nak berborak dengan kawan kawan.
  Habis tu sekarang ni nak buat apa? Cari kerja sambilan? boleh jugak...tapi nak kerja apa ? sebenarnya lepas habis spm pen besar tak cari kerja pun... Ummi suruh duduk rumah ajar adik adik.. Oleh itu, aktiviti pertama selepas SPM ialah mengajar adik adik sehingga pandai..haha.
   Itu je?
   Ada lagi laa...lepas seminggu adalah seseorang ajak pen besar jadi fasilitator untuk kem solat adik adik sekolah rendah... Alhamdulillah kem berjalan dengan lancar... teringin juga nak bagitau yang kem smart solat tu anjuran muslimat pas cawangan Gong Naga.. beberapa hari lepas tu ada lagi kem yang sama tetapi anjuran cawangan lain la.. di lokasi yang berbeza. Untuk kem kali ni pun pen besar jadi fesi sampailah kem yang terakhir di Surau Haji Da sebelah SMKA Sheikh Abdul Malik tu.
  Dan esok pen besar dah dapat kerja! Guru tadika. Berdebar rasanya ... alhamdulillah Allah anugerahkan pengalaman yang insyaAllah dapat mendidik hati ini agar menjadi lebih sabar dan matang..

Saturday, 28 December 2013

KeMbaRa Selepas TRIAL!!

these are my friends..
Assalamualaikum....
   sebaik saja habis trial SPM,pen besar dan rakan rakan telah menyertai perkhemahan perdana ...
Nampak macm best kan...memang best tapi kawan saya Miss Panda and Alyots Hassan were not there. Kurang bestlah jadinya sebab apabila dua orang yang selalu ceria tiada, hidup jadi tiada seri..cewah...
  Ini gambar pertama yang pen besar suruh orang tangkap.Haha...masa ni semua orang baru selesai dirikan khemah...Tudung bergantung sana sini...pen besar , cik Adleen (yang tak pakai cermin mata ),
dan Miss Mursyidah (yang tengah tu) baru lepas menyorok dalam khemah waktu segerombolan budak lelaki datang ke tapak kami...
   Budak lelaki besar besar datang!! Untuk apa? Kelakar sangat waktu tu...dalam khemah tu keadaannya macam dalam oven..PANAS!!! tapi malu punya pasal..menyorok jugaklah dalam khemah merah tu. Rupanya mereka datang menolong..Bagus! bagus! tolong pasangkan kanopi ke apa entah..
atas dapur... budak lelaki kelas lain pun datang menolong tapi untuk tapak kelas masing masing lah..
Yang paling membanggakan...budak lelaki kelas kami dapat dirikan kanopi ke apa entah..sekejap je..
kukuh pulak tu..orang lain masih lagi mencari cara nak pasang kanopi ke apa entah...(eh macam mana boleh tahu..kan menyorok dalam khemah tadi?) Memang kami menyorok tapi curi curi tengok juga..haha..!!
    Lega bila boleh buka pintu khemah tu luas luas...alhamdulillah semua lelaki dah pergi...tu yang tangkap gambar tu..tanda gembira ..haha.


Alamak! gambar pun dah tunggang terbalik. Tapi korang nampak tak yang warna biru macam atap tu.. haa..itulah yang pen besar maksudkan kanopi ke apa entah tu... Amacam, hebat tak !haha


    Petang itu, giliran pen besar and the geng masak untuk makan malam. Pen besar and the geng ditugaskan oleh Mem Piah untuk masak mee goreng. Mee goreng! alamak pen besar memang boleh masak tapi lauk pauk dan sayur mayurlah.. nasi goreng pun biasa buat sebab keluarga biasa makan tapi mee goreng, pernahlah buat sekali tapi itu pun tak jadi mana... hangit di tengah jalan...
  Kalau nak masak untuk kawan kawan mestilah buat sedap sedap kan. Shila solehah dah ada resepi kitaorang cuma kena masak je. Mee goreng lapan bungkus. Banyak tu!!
  Ingat lagi masa kitaorang nak basuh ayam, tiba tiba ... ada orang kecoh kecoh.. "Eh, ada sisik ularlah dalam ayam ni.." kata salah seorang yang ada di situ sehingga kita orang jadi berdebar debar.
  Tapi nak tahu tak? Apabila Mem Piah datang untuk tengok ayam mentah tu... rupa rupanya 'sisik ular tu ....ialah.... kulit kaki ayam....HAHAHA... kelakar rasanya bila ingat balik, itulah anak dara sekarang kena selalu ke dapur... kalau tak kecoh macam tadi..haha.
  Lepas solat asar, semua orang bergegas ke dataran untuk aktiviti. Pen besar and the geng kena tinggal kat tapak untuk masaklah. Tapi yang sedihnya hujan turun agak lebat waktu itu . Susah betul nak basuh ayam, sayur dan mee yang banyak tu.Tapi geng pen besar, Miss Plastik, Bayyin and Shila solehah memang hebat. Sangat rajin. Pen besar memang tabik springlah pada diaorang.
  Kini tiba giliran pen besar nak masak, pen besar memang berdebar debar ni. Pen besar buka api dapur paling kecik sebab takut hangit macam dulu . Tapi akibat kebodohan pen besar ketika itu, pen besar telah memakan masa yang lama menunggu bawang itu garing... kesian kawan kawan, semua  dah lama tunggu sampai bosan. Mee pun hampir masak,masa untuk rasa! Ha! ni mee ke apa? resepi dah betul tapi tak rasa mee pun. Hmmm, sedihnya.. apalagi pen besar panggillah Mem Piah yang memang pakar, Mem Piah suruh tambah gula sebab kuah mee tu cair, kitaorang pun tambah gula sampailah rasanya adalah ala ala mee goreng walaupun lain sikit.
   Bila dah masak, pen besar hanya mampu berharap mee goreng itu sedap walaupun tak sedap. Kawan kawan benar benar buat pen besar terharu, mereka semua puji mee goreng tu walaupun sudah terang lagi bersuluh yang mee tu taklah sedap mana... itulah namanya sahabat... sentiasa pandai menjaga hati satu sama lain..

   
Gambar ni gambar pen besar dan kawan kawan. Yang pakai tudung coklat tu Nad Ali, yang tudung hijau tu puteri korea Liyani. Gambar ni kitaorang ambil ketika sedang menunggu orang lain datang ke dataran untuk berkumpul. 
   Tapi, walaupun pen besar dan kawan kawan lain datang awal, ada saja yang lewat. Padahal petang semalam kem komander dah bagi amaran pasal disiplin dan ketepatan masa,masaklah kami semua betullah kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
  Semua orang kena denda. Denda itu amat memalukan. Semua orang kena berguling atas dataran! Ahh! Malu sangat lebih lebih lagi yang perempuan.Ya Allah! mula mula budak lelakiyang kena berguling memanglah kelakar tapi lelaki takpelah sebab takpelah. Tapi, perempuan bergolek atas dataran, macam mana tu? Pen besar rasa geram sangat dengan orang yang lewat. Tak pasal pasal anak gajah kena berguling. I was very frustrated.
  Harap semua boleh ambil pengajaran.


Ha! kenal tak mereka mereka yang comel ni? ini gambar pen besar dengan Kak Aun (yang bertudung putih), Sabrina (yang peace tu) dan my twin fifi. Haha macam twin tak?
  

Aik! ni anak siapa ni? comelnya...baby ni baik sangat senang je nak dukung dia... dengan semua orang dia suka. Ramah baby ni macam ibunyalah.Siapa ibunya? Kalau nak tahu, ini anak cikgu Zarina. Syafika suka betul dengan budak budak.. bila dah dukung taknak bagi orang lain pun...haha




Sunday, 22 December 2013

50 sen vs RM50


   Pada suatu hari,duit syiling 50 sen bertemu dengan kawan lamanya, duit kertas RM50. Dek terlalu sibuk bermusafir sana sini, bertukar tukar tangan, mereka jarang bersua. Apa tidaknya, wang kertas RM50 itu berjalan sakan, sampailah ke luar negara pun dijelajahnya. Duit syiling 50 sen, khidmatnya terbatas dalam negara sahaja.
    Wang kertas RM50 yang baru pulang dari Paris ditegur oleh duit syiling 50 sen yang dikenalinya itu di satu pesta membeli belah di ibu kota baru-baru ini. "assalamualaikum.Apa khabar? lama tak nampak?" "Waalaikumussalam. Alhamdulillah sihat, tetapi penatlah sikit," jawab wang kertas RM50 ringkas. "Kenapa pula penat?" "Aku ni serata dunia pergi. Singapura, Indonesia, Eropah dan macam-macam tempat. Masuk hotel, pawagam, pasar raya dan banyak lagilah.
   "Hah, kau pula macam mana sekarang ni? Lama tak nampak?" Kini giliran wang kertas RM50 pula bertanya khabar wang syiling 50 sen. "Huh, aku macam tu la juga! Masuk masjid, tandas awam, kedai runcit. Keluar tandas awam balik, masuk masjid balik. Aku ni tidak sempat merasai ke luar negara macam kau."
   Mereka diam seketika. Sambil itu, mereka memandang gelagat pembeli yang sedang berebut-rebut membeli. Alah membeli menang memakai la tu. "Ehh...engkau bila lagi nak masuk masjid? tiba -tiba wang syiling 50 sen bertanya memecahkan kesepian.Wang kertas RM50 menoleh memandang wang syiling 50 sen, kelu seketika.
  "Mengapa engkau tanya aku pula? tanyalah orang ramai yang membeli-belah tu." Serentak mereka tersenyum, senyum kambing...
 ~Solusi~