Sunday, 22 December 2013

50 sen vs RM50


   Pada suatu hari,duit syiling 50 sen bertemu dengan kawan lamanya, duit kertas RM50. Dek terlalu sibuk bermusafir sana sini, bertukar tukar tangan, mereka jarang bersua. Apa tidaknya, wang kertas RM50 itu berjalan sakan, sampailah ke luar negara pun dijelajahnya. Duit syiling 50 sen, khidmatnya terbatas dalam negara sahaja.
    Wang kertas RM50 yang baru pulang dari Paris ditegur oleh duit syiling 50 sen yang dikenalinya itu di satu pesta membeli belah di ibu kota baru-baru ini. "assalamualaikum.Apa khabar? lama tak nampak?" "Waalaikumussalam. Alhamdulillah sihat, tetapi penatlah sikit," jawab wang kertas RM50 ringkas. "Kenapa pula penat?" "Aku ni serata dunia pergi. Singapura, Indonesia, Eropah dan macam-macam tempat. Masuk hotel, pawagam, pasar raya dan banyak lagilah.
   "Hah, kau pula macam mana sekarang ni? Lama tak nampak?" Kini giliran wang kertas RM50 pula bertanya khabar wang syiling 50 sen. "Huh, aku macam tu la juga! Masuk masjid, tandas awam, kedai runcit. Keluar tandas awam balik, masuk masjid balik. Aku ni tidak sempat merasai ke luar negara macam kau."
   Mereka diam seketika. Sambil itu, mereka memandang gelagat pembeli yang sedang berebut-rebut membeli. Alah membeli menang memakai la tu. "Ehh...engkau bila lagi nak masuk masjid? tiba -tiba wang syiling 50 sen bertanya memecahkan kesepian.Wang kertas RM50 menoleh memandang wang syiling 50 sen, kelu seketika.
  "Mengapa engkau tanya aku pula? tanyalah orang ramai yang membeli-belah tu." Serentak mereka tersenyum, senyum kambing...
 ~Solusi~