Tuesday, 31 December 2013

Lepas SPM nak buat apa ya?

  Fuhh!! lega rasanya SPM dah tamat. Rindunya nak pergi sekolah. Adik-adik yang masih bersekolah tu belajarlah rajin-rajin ok kerana apabila duduk di rumah tanpa belajar apa-apa tangan tu rasa gatal je nak jawab soalan biologi, mata tu rasa pedih je asyik tengok tv, pendengaran tu macam tak seimbang je rindukan suara cikgu, mulut pula rindu nak berborak dengan kawan kawan.
  Habis tu sekarang ni nak buat apa? Cari kerja sambilan? boleh jugak...tapi nak kerja apa ? sebenarnya lepas habis spm pen besar tak cari kerja pun... Ummi suruh duduk rumah ajar adik adik.. Oleh itu, aktiviti pertama selepas SPM ialah mengajar adik adik sehingga pandai..haha.
   Itu je?
   Ada lagi laa...lepas seminggu adalah seseorang ajak pen besar jadi fasilitator untuk kem solat adik adik sekolah rendah... Alhamdulillah kem berjalan dengan lancar... teringin juga nak bagitau yang kem smart solat tu anjuran muslimat pas cawangan Gong Naga.. beberapa hari lepas tu ada lagi kem yang sama tetapi anjuran cawangan lain la.. di lokasi yang berbeza. Untuk kem kali ni pun pen besar jadi fesi sampailah kem yang terakhir di Surau Haji Da sebelah SMKA Sheikh Abdul Malik tu.
  Dan esok pen besar dah dapat kerja! Guru tadika. Berdebar rasanya ... alhamdulillah Allah anugerahkan pengalaman yang insyaAllah dapat mendidik hati ini agar menjadi lebih sabar dan matang..