Tuesday, 31 December 2013

Perasaan apakah ini?

 Aku membuka akaun facebook, melihat setiap aktiviti dan perkembangan kawan kawan. Aku sentiasa berfikir panjang apa yang perlu aku tulis, dan pilihan yang tepat adalah untuk menulis sesuatu yang memberi ilmu atau peringatan.
  Namun, apabila aku melihat status kawan kawan lamaku, gambar gambar mereka yang gembira dan macam macam lagi...hati aku jadi sangat sebak. Perasaan apakah ini?
  Aku sedih apabila tiada aku dalam gambar itu..
  Hati pedih apabila salam yang aku berikan melalui chat itu tidak berbalas...
  Malah, aku tidak boleh tidur memikirkan suasana yang terlalu aku ingin tinggalkan dulu..
  Perasaan apakah ini?
  Aku selalu kata aku tidak suka tinggal di asrama, dan apabila aku mendapat tawaran ke sekolah yang tiada asrama hatiku girang tidak terkata dan ternyata memang sangat best berada di sana. Namun, aku sentiasa teringatkan suasana bermain air di kolah asrama bersama kawan kawan, aku teringin  untuk melihat kembali roadblock setiap kali aku nak ke tandas dan aku asyik terfikir untuk terbang terus ke sekolah lama melawat setiap inci ,bucu dan dinding sekolah dan asrama. Perasaan apakah ini?
  Perlukah aku buang perasaan ini kerana jiwaku tidak tertahan sebaknya. Aku rasa aku bukan lagi sebahagian dari mereka.. terasa asing malah terlalu asing..
   ~perasaan apakah ini?~