Monday, 30 June 2014

How to think out of the box?

Assalamualaikum,
  This is actually the first time i decide to write in english, hope you don't mind if i'm having a lot of trouble with grammar and so on, i will accept any kind of comments about my english with golden heart..hihihi.
 
  Today, my teacher, miss solara gives us the chance to watch one of the ted talk videos which is really interesting. The talk is represented by an autistic boy- the incredible one. Just imagined, by the age of ten he was accepted by one of the top universities in the world. What makes me amaze by this brilliant boy is that he urged us to stop learning but start thinking and creating. It is absolutely true that we keep chewing what we got from the past without thinking of the perfections and the secrets of the knowledges. We commonly block our mind to think about something else that can actually be a new discovery for the world. We always forget the fact that our brain can develop numerous knowledges and theories with the effort of thinking in a new way. It is absolutely related to the out of the box way of thinking.
 
  I realised that it is quite hard to change the literal way of thinking, but trust me... With the continuous practise like always asking ourselves about something out of our comfort zone, thinking deeply and observing the surrounding critically with enthusiasm.. We will gradually be a genius!

 

Saturday, 12 April 2014

LA Tahzan...uhukss...

 Lamanya saya menyendiri...dah lah tak sentuh laptop langsung...pastu blog ni dah bersarang bagai...
fuhhh....fuhh...nak tiup abuk dan debu yang berlapis lapis ni dulu...
Nahh...sekarang dah shining dah.....

  Alright! Hari ini pen besar nak bagitau insyaAllah nanti pen besar akan jadi pen kecil (angan je tu..)
maksudnya?...krik krik krik...fikirlah sendiri..huwahahaha..

  Saya sekarang sudah berada dalam dimensi pasca SPM yang mendebarkan. Result? jangan tanyalah...hihi...SEGALA PUJI BAGI ALLAH.....By the way, saya rasa masih belum terlambat untuk saya luahkan bahawasanya "Friends, I'm really really really proud of you! Walau apapun result kita jangan pernah mempersoalkan kerana itulah aturan Allah yang terbaik untuk kita..Kesungguhan, kerajinan, kecekalan yang saya lihat pada kalian sepanjang Form 5 sudah membuktikan yang kita telah berusaha semaksima mungkin...dan hasilnya...kita serahkan pada Allah sahaja...

  Rezeki kita pun dah ditetapkan oleh Allah...oleh itu kawan kawan...bab interview ke..scholarship ke, kita isi je sebanyak mana yang kita mampu..pastu kalau boleh alhamdulillah...kalau tak dapat.. insyaAllah rezeki kita ada kat lain tu...so, LA TAHZAN zumalaieee......

Wednesday, 19 February 2014

Eichah..tunggu saya di sana.,

Assalamualaikum sahabat !
It (thank you fi) has been a long time since I last update my blog..chewah..ayat Fifi. Pen besar ingin bercerita perihal sahabat pen sewaktu pen besar di sekolah lama..dua tahun tidak bertemu menjadi penyesalan dan kekecewaan yang tidak tertanggung.
  Kami sebilik bersama exco asrama yang lain.Tahun 2011, ukhuwah yang bertaut menjadi semakin erat.mana tidaknya, kami makan bersama , pergi tandas sama sama, buat rondaan sama sama, dia sentiasa buat saya ceria, ketawa,menangis, gembira..semua sama sama. Bila pen besar nak pindah sekolah, semua orang menangis,pen besar pun sama..hidup berukhuwah memang penuh memori..walau keberatan meninggalkan kawan kawan,kuteruskan jua cita dan harapan menuju matlamat ke SHAMS.
Teringat satu lagu-

Sudah bertahun lama kita tidak lagi bersua..
Hanya tinggal kenangan yang tak mungkin kita lupa..
Kirimkan khabar selalu..seiringan hembusan bayu..
Sekadar pengubat rasa rindu di kalbu..

Pantas masa berlalu meninggalkan kita semua..
Tanpa disedari bertambahlah usia kita..
Oh beg lama masih kusimpan..
Kubingkaikan kenangan..
Hingga kekadangku tersenyum sendirian..

Oh perjalanan kita masih jauh..
Jalanan berliku akan kita tempuh..
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat penguat semangat..
Menempuh masa hadapan..
Harapanku kau kan bahagia selalu..
Semaikanlah bisikan rindu dikalbu..

  Inilah lagu yang pen besar sentiasa nyanyikan pabila merindui sahabat SMAASZA..pen besar tak mampu melawat mereka dek kesibukan IBU bapa Dan diri sendiri..hanya doa menjadi pengubat rindu, tapi..pen besar ketinggalan..eichah..accident .
  Pen besar dapat tahu selepas lapan hari dia terlantar koma.itupun pada tengah malam.jantung ini seperti gugur saat mendengar berita itu, tidak pernah sesedih ini, esoknya pada waktu petang,pen besar bersiap untuk ke hospital..pen membuka akaun Facebook untuk bertanya wad..namun, eichah telah pergi menghadap Ilahi..semuda itu, siapa mampu menahan sebak tatkala harapan untuk sebuah pertemuan luruh dengan berita kematiannya..pen besar cuma mampu berdoa dan menangis...dialah sahabat dunia akhirat..aku rindukanmu..eichah.
  Takdir..kematian itu pasti..gilirannya sudah tiba..bilakah pula giliran kita..Walau pada ketika apa sekalipun, selagi Allah memberi peluang kehidupan, jadilah hambaNya yang bermanfaat Dan soleh..
Bertaubatlah wahai diri...
  Ingatlah duhai sahabat, saidina Ali pernah berbicara mengenai orang yang baik..apabila ada disenangi, apabila tiada dirindui, apabila mati ditangisi...sambungkan tali persahabatanmu ketika peluang itu ada..jangan jadi seperti pen besar..tak sempat melihat wajah sahabat yang dirindui...

Assalamualaikum...jadilah pejuang agama..walaupun mati..tetap hidup di hati mujahideen..

Thursday, 9 January 2014

Fifiey. bestnya hidup...

Baru lepas baca blog my twin fifiey.
Bestnya... pen besar nak pergi hantar Alyots Hassan jugak! mana aci tak ajak pun..
Pen besar tengok fifiey,Mem Piah, Kak Ti, Piqah,Ainul dan Alyots Hassan..memang hebatlah ukhuwah diorang...walaupun cuti mereka masih berjumpa, buat date, berkelah sama sama dan macam macam lagi...Pen besar pun nak rasa macam mana rasanya..tapi manusia ni berbeza persepsi terutama bab ukhuwah.
  Mengikut pengamatan pen besar, melahirkan ukhuwah antara seseorang dengan seseorang yang lain memang mudah tetapi nak mengekalkannya atau meneruskannya agak susah, setiap orang terhimpit dengan pelbagai situasi dan pendirian, masing masing  ada pelbagai persepsi dan cara.
 Contohnya:
 Situasi 1: Reunion
 persepsi pertama - tak sabar nak pergi reunion nak jumpa kengkawan...
 persepsi kedua    - tak nak pergilah...malu..
 persepsi ketiga    - nanti apa orang cakap...aku dah lama tak muncul dan contact kawan kawan...tak nak pergilah!

  Situasi 2: Bila dah pindah sekolah baru.(bila rindu kengkawan dan cikgu)
  persepsi pertama - jadi penunggu di handphone. Tunggu kawan kawan telefon dia .. sebab dia malu nak telefon kawan kawan..akhirnya bila lama tak ... berhubung..dah... lost contact.
  persepsi kedua    - selalu telefon kawan kawan dan cikgu. Bila rindu je telefon.bila bosan je telefon, cara inilah yang  menyebabkan ukhuwah kita semakin erat.
  persepsi ketiga   -  selalu nak ajak jumpa (kawan kawan sejantina la) macam fifiey, alangkah indah hidup berukhuwah seperti ini. Kita takkan rasa sunyi.

 Pen besar pasti semua orang ada kelemahan dan kekurangan dalam bab ukhuwah ini macam pen besar jugak, selalu rasa malu terutama untuk telefon cikgu, sedangkan hati ni rasa bersalah sangat. Ya Allah berilah aku peluang untuk mengeratkan semula ukhuwah dengan guru guruku dan kawan kawanku agar aku tidak lagi kesunyian. Buat masa sekarang pen besar cuma mampu berdoa untuk guru guru dan kawan kawan bagi mengurangkan rasa bersalah ini. Semoga Allah merahmati kita semua. Tahniah Fifiey...awak adalah kawan yang baik.










SeMinggU sahaja...

  5 hari pen besar bekerja di pasti.....
sekarang pen besar dah berhenti. Ayah pen besar dah tak mampu nak hantar lagi. Jauh dan memenatkan. Pen besar tak tahu nak kata apa sama ada keputusan itu baik atau salah tetapi pen besar yakin yang pen besar takkan menyusahkan ayah lagi.
   pen besar jadi cikgu maisara la... adik pen besar yang sorang ni pun tak nak pergi pasti lagi.. malam malam asyik nangis je..mak kata belajar dengan kak ngah dia je kat rumah.. lagipun kecik lagi..4 tahun..tahun depan insyaAllah..

Sunday, 5 January 2014

Dah Kerja Dah...

Hari pertama kerja kat Pasti al Fathonah...HuWaa!! Penatnya!
   Pen besar memang kena bangun awal setiap pagi sebab ayah pen besar dah bagi amaran, kalau nak kerja wajib bertolak pukul 0630 hrs kalau tak JAM!!!!.
Hari Rabu hari tu...awal pagi lagi pen besar dah tercegat depan pagar pasti tu...alhamdulillah...ada cikgu lain yang datang awal.. Haa! ni yang nak cerita ni, tugas pen besar hari tu bukan mengajar tapi kena pujuk budak menangis...haha dan budak pertama yang pen besar kena pujuk namanya AUNI...Haha..nak tahu tak pen besar pujuk macam mana.. Pen besar cakap kat dia... Cikgu ada kawan nama Auni jugak, tapi Auni tu tak nangis pun pergi pasti lepas tu Auni tu dapat jadi pelajar mithali.... terus Auni junior tu tenang siap terus ambil botol susu dari beg and minum dengan selamba...haha senang keje... thanks Auni!
   Satu lagi siapa kenal Kak Ton? Kak ton koperasi tu... anak dia sekolah pasti tu jugak.Hensem anak Kak Ton...tapi anak Kak Ton pun nangis juga.. walakin, pen besar memang suka pujuk Syamil hensem ni.. sebab senang sangat nak pujuk, lepas dah tenang Syamil anak Kak Ton duduk diam atas kerusi..baik sangat.
   Lepas budak budak beratur..dan sebahagian cikgu duduk kat belakang kelas( layan budak nangis) tibalah masanya budak budak tu makan...lepas makan pen besar kena basuh pinggan dan cawan tu..huhu best tak? Pen besar memang dah niat kerja tak kisah banyak asalkan dapat bakar kalori yang dah berlapis lapis ni. Banyak lagilah kerja contohnya kena kejar budak yang nak lari dari sekolah, dukung budak nangis, basuh kencing berak budak budak dan banyak lagi..memang penat..
  Bila dah kerja ni baru tahu yang bukan senang kerja jadi cikgu ni..gaji seciput je..Jadi, kita sebagai ex pelajar tadika ni mestilah menghargai jasa semua guru kita dan lebih lebih lagi ibu bapa kita sendiri..cikgu jaga sekejap je pun dah letih ibu bapa yang jaga kita, layan karenah kita bertahun tahun ni lagilah letih..
   Namun,sebab panggilan cikgu dari budak budak dan senyuman mereka menyebabkan pen besar tak jemu nak pergi kerja, walaupun letih.. hati rasa tak sabar nak jumpa budak budak comel pada esok hari.Itulah anugerah Allah untuk manusia... seperti kepayahan dan kesakitan yang seseorang ibu rasai ketika mengandung dan melahirkan anak..  walaupun sakit melahirkan sungguh perit sampai perlu bertarung nyawa..tapi ibu kita sanggup je beranak berkali kali...sebab apa? sebab apabila melihat si anak...segala kesakitan yang dirasai tadi bagai ditiup angin kencang.

~Pen besar kena tidur awal..esok kena kerja!~