Thursday, 9 January 2014

Fifiey. bestnya hidup...

Baru lepas baca blog my twin fifiey.
Bestnya... pen besar nak pergi hantar Alyots Hassan jugak! mana aci tak ajak pun..
Pen besar tengok fifiey,Mem Piah, Kak Ti, Piqah,Ainul dan Alyots Hassan..memang hebatlah ukhuwah diorang...walaupun cuti mereka masih berjumpa, buat date, berkelah sama sama dan macam macam lagi...Pen besar pun nak rasa macam mana rasanya..tapi manusia ni berbeza persepsi terutama bab ukhuwah.
  Mengikut pengamatan pen besar, melahirkan ukhuwah antara seseorang dengan seseorang yang lain memang mudah tetapi nak mengekalkannya atau meneruskannya agak susah, setiap orang terhimpit dengan pelbagai situasi dan pendirian, masing masing  ada pelbagai persepsi dan cara.
 Contohnya:
 Situasi 1: Reunion
 persepsi pertama - tak sabar nak pergi reunion nak jumpa kengkawan...
 persepsi kedua    - tak nak pergilah...malu..
 persepsi ketiga    - nanti apa orang cakap...aku dah lama tak muncul dan contact kawan kawan...tak nak pergilah!

  Situasi 2: Bila dah pindah sekolah baru.(bila rindu kengkawan dan cikgu)
  persepsi pertama - jadi penunggu di handphone. Tunggu kawan kawan telefon dia .. sebab dia malu nak telefon kawan kawan..akhirnya bila lama tak ... berhubung..dah... lost contact.
  persepsi kedua    - selalu telefon kawan kawan dan cikgu. Bila rindu je telefon.bila bosan je telefon, cara inilah yang  menyebabkan ukhuwah kita semakin erat.
  persepsi ketiga   -  selalu nak ajak jumpa (kawan kawan sejantina la) macam fifiey, alangkah indah hidup berukhuwah seperti ini. Kita takkan rasa sunyi.

 Pen besar pasti semua orang ada kelemahan dan kekurangan dalam bab ukhuwah ini macam pen besar jugak, selalu rasa malu terutama untuk telefon cikgu, sedangkan hati ni rasa bersalah sangat. Ya Allah berilah aku peluang untuk mengeratkan semula ukhuwah dengan guru guruku dan kawan kawanku agar aku tidak lagi kesunyian. Buat masa sekarang pen besar cuma mampu berdoa untuk guru guru dan kawan kawan bagi mengurangkan rasa bersalah ini. Semoga Allah merahmati kita semua. Tahniah Fifiey...awak adalah kawan yang baik.










SeMinggU sahaja...

  5 hari pen besar bekerja di pasti.....
sekarang pen besar dah berhenti. Ayah pen besar dah tak mampu nak hantar lagi. Jauh dan memenatkan. Pen besar tak tahu nak kata apa sama ada keputusan itu baik atau salah tetapi pen besar yakin yang pen besar takkan menyusahkan ayah lagi.
   pen besar jadi cikgu maisara la... adik pen besar yang sorang ni pun tak nak pergi pasti lagi.. malam malam asyik nangis je..mak kata belajar dengan kak ngah dia je kat rumah.. lagipun kecik lagi..4 tahun..tahun depan insyaAllah..

Sunday, 5 January 2014

Dah Kerja Dah...

Hari pertama kerja kat Pasti al Fathonah...HuWaa!! Penatnya!
   Pen besar memang kena bangun awal setiap pagi sebab ayah pen besar dah bagi amaran, kalau nak kerja wajib bertolak pukul 0630 hrs kalau tak JAM!!!!.
Hari Rabu hari tu...awal pagi lagi pen besar dah tercegat depan pagar pasti tu...alhamdulillah...ada cikgu lain yang datang awal.. Haa! ni yang nak cerita ni, tugas pen besar hari tu bukan mengajar tapi kena pujuk budak menangis...haha dan budak pertama yang pen besar kena pujuk namanya AUNI...Haha..nak tahu tak pen besar pujuk macam mana.. Pen besar cakap kat dia... Cikgu ada kawan nama Auni jugak, tapi Auni tu tak nangis pun pergi pasti lepas tu Auni tu dapat jadi pelajar mithali.... terus Auni junior tu tenang siap terus ambil botol susu dari beg and minum dengan selamba...haha senang keje... thanks Auni!
   Satu lagi siapa kenal Kak Ton? Kak ton koperasi tu... anak dia sekolah pasti tu jugak.Hensem anak Kak Ton...tapi anak Kak Ton pun nangis juga.. walakin, pen besar memang suka pujuk Syamil hensem ni.. sebab senang sangat nak pujuk, lepas dah tenang Syamil anak Kak Ton duduk diam atas kerusi..baik sangat.
   Lepas budak budak beratur..dan sebahagian cikgu duduk kat belakang kelas( layan budak nangis) tibalah masanya budak budak tu makan...lepas makan pen besar kena basuh pinggan dan cawan tu..huhu best tak? Pen besar memang dah niat kerja tak kisah banyak asalkan dapat bakar kalori yang dah berlapis lapis ni. Banyak lagilah kerja contohnya kena kejar budak yang nak lari dari sekolah, dukung budak nangis, basuh kencing berak budak budak dan banyak lagi..memang penat..
  Bila dah kerja ni baru tahu yang bukan senang kerja jadi cikgu ni..gaji seciput je..Jadi, kita sebagai ex pelajar tadika ni mestilah menghargai jasa semua guru kita dan lebih lebih lagi ibu bapa kita sendiri..cikgu jaga sekejap je pun dah letih ibu bapa yang jaga kita, layan karenah kita bertahun tahun ni lagilah letih..
   Namun,sebab panggilan cikgu dari budak budak dan senyuman mereka menyebabkan pen besar tak jemu nak pergi kerja, walaupun letih.. hati rasa tak sabar nak jumpa budak budak comel pada esok hari.Itulah anugerah Allah untuk manusia... seperti kepayahan dan kesakitan yang seseorang ibu rasai ketika mengandung dan melahirkan anak..  walaupun sakit melahirkan sungguh perit sampai perlu bertarung nyawa..tapi ibu kita sanggup je beranak berkali kali...sebab apa? sebab apabila melihat si anak...segala kesakitan yang dirasai tadi bagai ditiup angin kencang.

~Pen besar kena tidur awal..esok kena kerja!~