Thursday, 9 January 2014

Fifiey. bestnya hidup...

Baru lepas baca blog my twin fifiey.
Bestnya... pen besar nak pergi hantar Alyots Hassan jugak! mana aci tak ajak pun..
Pen besar tengok fifiey,Mem Piah, Kak Ti, Piqah,Ainul dan Alyots Hassan..memang hebatlah ukhuwah diorang...walaupun cuti mereka masih berjumpa, buat date, berkelah sama sama dan macam macam lagi...Pen besar pun nak rasa macam mana rasanya..tapi manusia ni berbeza persepsi terutama bab ukhuwah.
  Mengikut pengamatan pen besar, melahirkan ukhuwah antara seseorang dengan seseorang yang lain memang mudah tetapi nak mengekalkannya atau meneruskannya agak susah, setiap orang terhimpit dengan pelbagai situasi dan pendirian, masing masing  ada pelbagai persepsi dan cara.
 Contohnya:
 Situasi 1: Reunion
 persepsi pertama - tak sabar nak pergi reunion nak jumpa kengkawan...
 persepsi kedua    - tak nak pergilah...malu..
 persepsi ketiga    - nanti apa orang cakap...aku dah lama tak muncul dan contact kawan kawan...tak nak pergilah!

  Situasi 2: Bila dah pindah sekolah baru.(bila rindu kengkawan dan cikgu)
  persepsi pertama - jadi penunggu di handphone. Tunggu kawan kawan telefon dia .. sebab dia malu nak telefon kawan kawan..akhirnya bila lama tak ... berhubung..dah... lost contact.
  persepsi kedua    - selalu telefon kawan kawan dan cikgu. Bila rindu je telefon.bila bosan je telefon, cara inilah yang  menyebabkan ukhuwah kita semakin erat.
  persepsi ketiga   -  selalu nak ajak jumpa (kawan kawan sejantina la) macam fifiey, alangkah indah hidup berukhuwah seperti ini. Kita takkan rasa sunyi.

 Pen besar pasti semua orang ada kelemahan dan kekurangan dalam bab ukhuwah ini macam pen besar jugak, selalu rasa malu terutama untuk telefon cikgu, sedangkan hati ni rasa bersalah sangat. Ya Allah berilah aku peluang untuk mengeratkan semula ukhuwah dengan guru guruku dan kawan kawanku agar aku tidak lagi kesunyian. Buat masa sekarang pen besar cuma mampu berdoa untuk guru guru dan kawan kawan bagi mengurangkan rasa bersalah ini. Semoga Allah merahmati kita semua. Tahniah Fifiey...awak adalah kawan yang baik.