Monday, 11 May 2015

Dunia Akhir zaman.

Sekarang isu perlaksanaan Hudud di gembar gemburkan.
Salah ke?
Sampai ramai yang berani memberi pandangan mengenai kerevelan penangguhan dan ketidakperlaksanaannya??

Ish ish ish...
Kalau dilihat dan diteliti yang memberi pendapat tentang tidak wajarnya hudud bukanlah mereka yang arif tentang soal ini.
Ya.. Memang mereka professor dan memang mereka orang berpengaruh malah memang mereka solat tak tinggal haji pula sudah berkali kali..
Yang lebih mengejutkan Siswa Siswazah yang dilihat alim dari yang lain juga dengan lantang mengeluarkan hujah untuk menolak kerevalan undang undang islam di Malaysia. Mereka bawakan macam macam hujah sebagai alasan yang membenarkan undang undang islam ditangguh dan ditunda.

Hey manusia!! Fikirlah!! Sedarlah!!
Fikirlah dengan hati, bukan dengan ego!

Buang anak! Bunuh! Zina! Rompak! Culik! Ragut!
Saya nak letak beg kain sembahyang belakang surau untuk ambil air sembahyang sekejap pun takut untuk tinggalkan beg tu tanpa pengawasan.. Kat surau pun orang mencuri dan kat surau dan masjid pun ada orang bermadu asmara sekarang ni!!!

Nak salahkan siapa??
Allah dah bagi solusinya..
Kalau kita nak, kalau semua sokong,
Masalah pengurusan, perlembagaan dan semuanya yang menjadi hujah golongan tersebut dapat diluruskan sedikit demi sedikit.
Percayalah!
Apa kita nak jawab depan Allah nanti..
Setiap anak luar nikah yang dilahirkan, setiap darah yang menitis akibat kelalaian pemimpin memberi pengajaran kepada rakyatnya melalui cara Allah, pencipta manusia.
Salah kita!!

Kalau kereta kita rosak,
Adakah kita rujuk pada doktor?
Bayangkan apabila kita menggunakan nasihat doktor perubatan itu untuk membaiki kereta kita..HANCUR KERETA I TAU
Habis??? pergilah bawak jumpa mechanic!
Atau org yg cipta kereta tu..

Dan kalau manusia sendiri yang rosak?
Mestilah hanya pencipta manusia yang tahu solusinya.
Yang doktor, siswa siswazah, pakar ekonomi, pensyarah dan ramai lagi tiba tiba dengan beraninya mengeluarkan solusi baru dan menolak solusi ALLAH tu apa pasal????
Doktor, siswa siswazah, siapa siapa pun.. Hebat mana pun kat dunia ni kita tetap HAMBA.. Taraf hamba berani nak tolak solusi Allah???? Berani kita yang hanya sebagai HAMBA ALLAH ,
LEMAH LAGI HINA mencabar dan mengkritik APA YANG ALLAH PERINTAHKAN SEJAK SEKIAN LAMA????
Cakap tak relevanlah, tak boleh laksana lagilah, tak cukup persediaanlah, rakyat berbilang kaum lah..(pemimpin kita???)

macam macam hujah korang umpama tak nak baginya lampu hijau pada arahan Allah.

Konon, sekarang masyarakat berpecah belah..
Memang kita akan berpecah belah apabila kita tidak berpegang pada Al quran dan as sunnah.
Cuba kalau semua ummat islam kembali pada al quran,
Cuba semua siswa siswazah yang ada ilmu agama tak memberi kekeliruan dalam soal hudud dengan pandangan mereka yang datangnya dari logik akal dan berdasarkan hanya satu dalil naqli saidina umar itu sahaja.
Cuba para profesional menerima pandangan ulama yang jauh lebih pakar dalam sirah rasulullah, undang undang islam, dalil dalil dll berkaitan agama dan cara hidup dengan rasa rendah diri dan hormat sebagaimana orang biasa hormat dan percaya pada kata kata golongan profesional ini.

Kalaupun kita dah khatam berpuluh kitab agama..
Ulama macam nik abdul aziz dan haji abdul hadi jauh lebih banyak kitab agama yang dikhatamkannnya..
Asal time nikah dan time cukur jambul panggil ustaz suruh doakan yang baik baik.. Tapi time hudud.. Tolak bulat bulat peranan mereka..
Ulama' itu pewaris nabi!!
Rasulullah tak sebut doktor itu pewaris nabi!
Rasulullah tak sebut pemimpin itu pewaris nabi!
Rasulllah sebut dengan jelas ulama' itu pewaris nabi!

Oleh itu, janganlah sombong dan angkuh dengan kejayaan kita menjumpai hujah untuk menolak hudud.
Janganlah bangga dengan kepandaian kita menkonstruksi kata kata yang mengajak orang membenci dan melawan ulama'.

Kerana kesombonganmu itu kelak disoal oleh Allah di hari pembalasan.

Kalau tak tahu mengenai hudud.. Jangan buka mulut tapi buka buku, buat research dan tanya para ulama'.( jangan tanya siswa siswi pulak) ini soal besar!