Monday, 11 May 2015

Panduan untuk lepasan spm

Assalamualaikum adik adik akak sekalian,
Terima kasih sudi lawat blog akak yang agak biasa ni...

Akak nak bagi nasihat pendek je..
Walau ke manapun adik adik pergi untuk menyambung pelajaran nanti... (Asasi/Matrikulasi/STPM/A level/IB)
Keputusan adik adalah yang terbaik buat adik.
Kalau masih tak dapat nak putuskan.. Malam ni buat solat sunat istikhoroh.

Bagi akak semuanya elok asal kita melangkah kehadapan bukan berhenti di tengah jalan.
Allah sebenarnya telah menetapkan sesuatu untuk adik di sana yang akan membentuk adik menjadi ummat islam yang hebat ..

Yang penting.. Adik mesti selalu ingat enam perkara ni dalam hati setiap hari...

1) Niat Belajar kerana Allah.
( Untuk kembalikan kegemilangan islam dengan cara adik )

2) Niat nak Berjaya untuk kebahagiaan ibu bapa dan kemashlahatan ummah bukan untuk dipandang hebat.

3) jaga jati diri sebagai muslim.
( Katakan tidak pada fahaman baru yang mengelirukan dan cara hidup yang melalaikan )

4) Bercita-cita membawa orang disekeliling adik ke arah kebaikan.

5) Belajar dari kehidupan.

6) upgrade sifat seorang muslim
( jadi lebih berani berhadapan dengan orang ramai, lebih matang dalam berfikir, lebih bertoleransi dan proaktif)

Solat jangan pernah tinggal ye..
InsyaAllah.. Semoga adik berjaya dalam bidang yang adik ceburi dan tempat yang adik duduki..