Thursday, 30 March 2017

Jangan Mengeluh dalam berpayah kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Kali ni saya menulis untuk diri sendiri,

Saat senang, ingatlah Allah
Kesenangan itu tetap satu ujian.
Andai kau lupa padaNya kala itu,
Kau sama seperti si susah yang berputus asa.

Saat kesulitan, mohonlah pada Allah
Dia sentiasa menantikan tadahan tanganmu,
Menunggu hambaNya berdoa
walau ketika berdiri, berjalan, baring dan duduk.
Sungguh Allah amat dekat namun kau yang selalu lupa.

Allah,
Amanah ini terlalu berat,
Dayaku tiada, kelemahan semata,

Kerana keyakinanMu ya Allah untukku menggalasnya,
Aku harus kuat,
dan hentikan segala keluhan.
Keletihan itu menjadi indah,
Apabila kumengerti erti bertuhan.